8 Feb 2015

Hati yang Kosong

Si anak gadis mundar mandir di dalam rumah. Selesai tugasnya membantu si ibu yang kepenatan seharian bekerja sebagai seorang isteri dan ibu. Si anak gadis tiada perasaan. Dia bagaikan robot selama hampir empat hari berada di rumah tanpa apa-apa aktiviti luar. Mungkin dia akur keadaannya begitu. Penat selepas melalui fasa selama sebulan sebagai seorang pekerja, kembali ke pangkuan keluarga kerana masih bertimbun perancangan hidupnya yang masih belum terlaksana. Keadaan tersbut membuatkan dia semakin berfikir, ada sesuatu yang masih belum cukup dengan dirinya sehingga dia boleh merasakan kehidupannya kini seolah-olah hanya boleh dihuraikan dengan satu perkataan sahaja. Iaitu... 


Membosankan!


Si gadis masuk ke bilik yang penuh dengan buku. Ada antara buku-buku tersebut masih belum dibaca. Excited semasa hendak membeli. Tapi hanya sedikit yang sudah hadam. Dia terpandang sebuah buku motivasi yang diterima sebagai hadiah dari muridnya semasa menjadi guru ganti dua tahun yang lalu. Buku tersebut merupakan karangan Hilal Asyraf. Hatinya rasa terpanah apabila membaca tajuk buku tersebut. 


U N T U K   K I T A   P E N D O S A

.

BAB HATI YANG KOSONG

Dalam hati kita, ada satu lompang. Kosong. Tidak terisi. Kita semua merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam ruangan itu. Akhirnya kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yang mencarinya dengan memanjat gunung dan menyelam ke dasar lautan. Ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain. Tetapi, semuanya ibarat berpusing dalam bulatan. Perasaan kosong itu tetap tidak terisi. Kita berasa takut dengan kekosongan itu. Apakah kekosongan itu? Apakah yang patut diisi? 

Itulah ruang khas untuk Allah SWT. 

Kosong, kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya, iaitu kepatuhan dan ketaatan serta pergantungan kita kepada-Nya.

.

Kita sama-sama doakan diri kita dan gadis ini supaya Allah SWT menuntun hati dan langkahnya dalam menjalani kehidupan ini. 


H A R A P A N   S E L A L U   A D A

Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! (Imam al-Ghazali).

Aslih nafsak wad'u ghoirak.
Rumah manis rumah | Bantal tidur